Helix Nebula adalah nebula planet yang terkenal kerana kelihatan seperti mata. Oleh itu, ia juga dikenali sebagai "mata Sauron" atau mata Tuhan. Terletak kira-kira 650 tahun cahaya dari Bumi dalam buruj Aquarius menjadikannya nebula yang paling dekat dengan sistem suria kita. Nebula ini ditemui oleh Karl Ludwig Harding pada awal abad ke-18.
Apabila Matahari kita mati kira-kira 5 bilion tahun akan datang, ia juga akan berkembang menjadi nebula planet. Nebula planet terbentuk apabila bintang seperti matahari kehabisan semua bahan apinya iaitu gas hidrogen dan helium. Setelah itu, ia akan berevolusi menjadi gergasi merah dan membebaskan lapisan luarnya. Ia kemudiannya akan menjadi kerdil putih setelah sejuk. Kerdil putih memiliki saiz seakan Bumi, tetapi mempunyai jisim yang hampir sama dengan bintang asal; mengikut NASA, satu sudu teh kerdil putih mempunyai berat beberapa ekor gajah!
Credit picture: Helix Nebula, photo: NASA, ESA, and C.R. O’Dell (Vanderbilt University)
Helix Nebula is a planetary nebula which is famous since it looks like an eye. Hence, it is also known as the “eyes of Sauron’ or the eye of God. Located approximately 650 light years from Earth in the constellation of Aquarius make it the nearest nebula to our solar system. This nebula was discovered by Karl Ludwig Harding in the early 18th century.
Once our Sun dies in about 5 billion years, it will also blossom into a planetary nebula. Planetary nebula forms when a star likes our sun exhaust all its hydrogen and helium fuel. It will then evolve into a red giant state and shred out its outer layer. The star will then become a white dwarf when its cools down. The white dwarf is about the size of Earth, but has a mass very close to that of the original star; according to NASA, a teaspoon of a white dwarf would weigh as much as a few elephants!