Illustrasi Voyager 1 (Image: © NASA) |
Voyager 1 dilancarkan oleh NASA pada 5 September 1977, mencipta sejarah sebagai kapal angkasa pertama yang tiba di ruang interstellar. Setakat ini, hanya terdapat 5 kapal angkasa yang telah melepasi Sistem Suria iaitu, Voyager 1, Voyager 2, New Horizons, Pioneer 10 dan Pioneer 11. Kapal angkasa ini memasuki ruang interstellar pada Ogos 2012 setelah 35 tahun berada di angkasa lepas, menjadikan ia sebagai objek buatan manusia yang berada paling jauh dari Bumi. Antara imej terawal yang diperoleh daripada Voyager 1 adalah imej planet Musytari pada April 1978. Voyager 1 juga turut menjumpai 2 bulan baru planet tersebut iaitu Thebe dan Metis. Kapal angkasa ini juga turut dilengkapi dengan ‘Golden Record’ yang mengandungi 117 imej, ucapan salam dalam 54 bahasa dan pelbagai bunyi-bunyian semula jadi seperti gunung berapi dan yang dihasilkan oleh manusia seperti kapal terbang. Voyager 1 dijangka akan meneruskan misinya sehingga tahun 2025 sebelum mengalami kegagalan bekalan kuasa.
Imej planet Musytari bersama bulannya Ganymede (bawah kiri) yang diperoleh daripada Voyager 1 pada 1979. (Image: © NASA's Goddard Space Flight Center) |
Voyager 1 was launched by NASA on September 5th, 1977, creating history as the first spacecraft to reach the interstellar space. To date, only 5 spacecraft has surpassed the Solar System which are Voyager 1, Voyager 2, New Horizons, Pioneer 10 and Pioneer 11. The spacecraft reach interstellar space in August 2012 after 35 years in space, making it as the farthest man-made object from Earth. Among the earliest images obtained from Voyager 1 is Jupiter image on April 1978. Voyager 1 also found the 2 planet's new moons, Thebe and Metis. The spacecraft also includes a 'Golden Record' containing 117 images, greetings in 54 languages and various natural sounds like volcanoes and human-made like airplane. Voyager 1 is expected to continue its mission until 2025 before its experiencing power supply failure.
‘Golden Record’ yang mengandungi imej dan pelbagai bunyi-bunyian. (Image: © NASA) |
No comments:
Post a Comment