Friday, 29 June 2018

Bintang Sirius



      Jika anda adalah peminat novel atau movie Harry Potter, pasti anda mengenali karakter Sirius Black sebagai bapa angkat Harry Potter. Tahukah anda, kita mempunyai bintang yang juga dikenali sebagai Sirius tetapi bintang ini bewarna putih kebiruan bukannya hitam! Walaubagaimanapun, Sirius kadang kala kelihatan bewarna-warni sehingga dikenali sebagai bintang pelangi.
     Sirius adalah bintang yang paling terang pada waktu malam dan juga dikenali sebagai bintang anjing (Sirius Black juga mampu bertukar menjadi seekor anjing) kerana terletak di buruj Canis Major, the Big Dog. Dengan jarak 8.6 tahun cahaya, Sirius adalah antara bintang yang paling hampir dengan Bumi. Diklasifikasikan sebagai bintang jenis ‘A’ bermaksud ia jauh lebih panas dari Matahari dengan suhu permukaannya mencecah 17,000°F sementara suhu permukaan Matahari cuma 10,000°F. Sirius boleh ditemui dengan membayangkan terdapat garis lurus yang melepasi tali pinggang buruj Belantik menghala ke arah timur. Jadi, jika anda melihat ke langit jangan lupa untuk mencari bintang Sirius yang terkenal ini!

Image may contain: night

 Kedudukan bintang Sirius di langit


Image may contain: night

Imej bintang Sirius. 
Credit : Akira Fuji/ESA

    If you are a fan of Harry Potter novels or movies, you must know Sirius Black character as Harry Potter’s godfather. Did you know we have a star that is also known as Sirius but this star is bluish white instead of black! However, sometimes Sirius looks colourful so it is also known as rainbow star.
     Sirius is the brightest stars at night and is also known as the Dog Star (Sirius Black is also capable of turning into a dog) because it is located on the constellation Canis Major, the Big Dog. With a distance of 8.6 light years, Sirius is one of the closest stars to Earth. Classified as 'A' type stars means it is much hotter than the Sun with its surface temperature reaching 17,000°F while the surface temperature of the Sun is only 10,000°F. Sirius can be found by imagining that there is a straight line that passes through Orion’s belt toward the east. So, if you look at the sky don’t forget to find this famous Sirius star!

Thursday, 21 June 2018

Hubble Space Telescope

       Pada tahun 1975, European Space Agency (ESA) dan NASA telah bekerjasama untuk menghasilkan teleskop angkasa pertama yang kini dikenali sebagai Hubble Space Telescope sebagai penghormatan kepada Edwin Hubble. Edwin Hubble adalah seorang tokoh astronomi yang telah menggunakan teleskop pada zamannya iaitu pada tahun 1920 untuk melihat galaksi di Balai Cerap Mt. Wilson. Hubble Space Telescope dilancarkan pada 24 April 1990 menggunakan kapal angkasa Discovery (STS-31).
       Teleskop ini menggunakan cahaya matahari sebagai sumber tenaganya dan telah melakukan lebih daripada 1.3 juta cerapan dan antara imej terkenal yang diperolehi daripada teleskop ini adalah imej ‘Pillars of Creation’ pada 1995 yang menunjukkan sebahagian daripada Eagle Nebula di mana bintang baru terbentuk. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri dengan mata anda replika Hubble Space Telescope ini di Planetarium Melaka!

No automatic alt text available.
                                             Imej Hubble Space Telescope. Credits : NASA

Image may contain: one or more people and text

              Imej 'Pillars of Creation' yang diambil menggunakan Hubble Space Telescope pada tahun 1995. Credit: NASA/ESA/STScl, Hester & Scowen (Arizona State University)


         In 1975, the European Space Agency (ESA) and NASA have collaborated to produce the first space telescope now known as the Hubble Space Telescope in honor of Edwin Hubble. Edwin Hubble is an astronomical figure who has been using telescope in his day, in 1920 to see the galaxy at the Mt. Wilson Observatory. Hubble Space Telescope was launched on April 24, 1990 using the Discovery (STS-31) space shuttle.
       The telescope uses sunlight as its power source and has done more than 1.3 million observations and among the well-known images obtained from this telescope is ‘Pillars of Creation’ in 1995 which shows a part of the Eagle Nebula where new stars are forming. So, don’t miss the chance to see for yourself the Hubble Space Telescope replica at Planetarium Melaka!

Wednesday, 13 June 2018

Esok 14 Jun 2018 bersamaan 29 Ramadan 1439 Hijrah, cerapan anak bulan akan dilakukan di beberapa tempat di seluruh Malaysia (rujuk jadual di bawah) bagi menentukan sama ada 1 Syawal ataupun Hari Raya Aidilfitri akan berlangsung pada hari jumaat ini. Jika anak bulan tidak kelihatan ataupun keadan cuaca tidak mengizinkan, hisab (kiraan secara matematik dan astronomi) akan digunakan.
Ketika fasa anak bulan, bulan berada diantara matahari dan bumi. Bahagian terang bulan yang menerima cahaya matahari akan membelakangi Bumi. Oleh itu, hanya sebahagian kecil sahaja cahaya matahari yang melepasi bulan akan kelihatan. Anak bulan boleh dilihat dengan mata kasar atau menggunakan alat bantuan optik seperti teleskop. Jadi jangan ketinggalan untuk melihat anak bulan khamis ini!

Image may contain: sky

Tomorrow on 14th June 2018 equivalent to 29 Ramadan 1439 Hijr, there will be new moon observation conducted in several places throughout Malaysia (refer to the table below) to determine whether 1 Syawal or Eid Fitri will take place this friday. If the new moon is not visible or the weather is not permissible, the mathematical and astronomical calculations will be used.
During the phases of the new moon, the moon is located in between of the sun and the earth. The bright part of the moon that receives the sunlight will not facing the Earth. Therefore, only a small part of the sunlight that passes the moon will be visible. New moon can be seen with a naked eye or using optical aids such as a telescope. So don’t miss to see the new moon this thursday!

No automatic alt text available.
No automatic alt text available.

Wednesday, 6 June 2018

AURORA ON JUPITER

Astronomers are using the Hubble Space Telescope to study auroras. What is aurora? Aurora is a stunning light shows in a planet’s atmosphere. As we all know, our Earth have aurora on both of our poles. Besides our Earth, this light show also occur on the poles of the largest planet in the solar system, Jupiter.
Scientists have observed massive amounts of energy swirling over Jupiter’s polar regions that contribute to the giant planet’s powerful auroras. While Hubble is observing and measuring the auroras on Jupiter, Juno spacecraft is measuring the properties of the solar wind itself.
--------------------------------------------------------------------
Fenomena Aurora di planet Musytari
Ahli astronomi menggunakan Teleskop Angkasa Hubble untuk mempngkaji fenomena aurora. Apa itu aurora? Aurora ialah pertunjukan cahaya di atmosfera planet. Seperti yang kita tahu, Bumi kita mempunyai aurora di kedua kutub. Selain Bumi kita, aurora juga berlaku di kutub planet terbesar dalam sistem suria kita iaitu planet Musytari.
Saintis mendapati sejumlah besar tenaga berputar di atas kawasan kutub Musytari yang menyumbang kepada aurora kuat planet gergasi ini. Sementara teleskop Hubble memerhati dan mengukur aurora pada planet musytari, kapal angkasa Juno mengenalpasti kriteria angin suria
Credit
NASA, ESA, and J. Nichols (University of Leicester) &
NASA/CXC/SwRI/R.Gladstone et al. and NASA/ESA/Hubble Heritage (AURA/STScI)

No automatic alt text available.  No automatic alt text available.

Program 'Solar System Mobile' bersama SJKT Batang Melaka

Program : Solar System Mobile  SJKT Batang Melaka  23 Mei 2019  Bagi yang berminat untuk menyertai program sains anjuran Planet...