Friday, 29 June 2018

Bintang Sirius



      Jika anda adalah peminat novel atau movie Harry Potter, pasti anda mengenali karakter Sirius Black sebagai bapa angkat Harry Potter. Tahukah anda, kita mempunyai bintang yang juga dikenali sebagai Sirius tetapi bintang ini bewarna putih kebiruan bukannya hitam! Walaubagaimanapun, Sirius kadang kala kelihatan bewarna-warni sehingga dikenali sebagai bintang pelangi.
     Sirius adalah bintang yang paling terang pada waktu malam dan juga dikenali sebagai bintang anjing (Sirius Black juga mampu bertukar menjadi seekor anjing) kerana terletak di buruj Canis Major, the Big Dog. Dengan jarak 8.6 tahun cahaya, Sirius adalah antara bintang yang paling hampir dengan Bumi. Diklasifikasikan sebagai bintang jenis ‘A’ bermaksud ia jauh lebih panas dari Matahari dengan suhu permukaannya mencecah 17,000°F sementara suhu permukaan Matahari cuma 10,000°F. Sirius boleh ditemui dengan membayangkan terdapat garis lurus yang melepasi tali pinggang buruj Belantik menghala ke arah timur. Jadi, jika anda melihat ke langit jangan lupa untuk mencari bintang Sirius yang terkenal ini!

Image may contain: night

 Kedudukan bintang Sirius di langit


Image may contain: night

Imej bintang Sirius. 
Credit : Akira Fuji/ESA

    If you are a fan of Harry Potter novels or movies, you must know Sirius Black character as Harry Potter’s godfather. Did you know we have a star that is also known as Sirius but this star is bluish white instead of black! However, sometimes Sirius looks colourful so it is also known as rainbow star.
     Sirius is the brightest stars at night and is also known as the Dog Star (Sirius Black is also capable of turning into a dog) because it is located on the constellation Canis Major, the Big Dog. With a distance of 8.6 light years, Sirius is one of the closest stars to Earth. Classified as 'A' type stars means it is much hotter than the Sun with its surface temperature reaching 17,000°F while the surface temperature of the Sun is only 10,000°F. Sirius can be found by imagining that there is a straight line that passes through Orion’s belt toward the east. So, if you look at the sky don’t forget to find this famous Sirius star!

No comments:

Post a Comment

Program 'Solar System Mobile' bersama SJKT Batang Melaka

Program : Solar System Mobile  SJKT Batang Melaka  23 Mei 2019  Bagi yang berminat untuk menyertai program sains anjuran Planet...