Wednesday, 29 August 2018

SPACE ROCKS




Tahukah anda selain planet dan bintang, ruang angkasa kita juga dipenuhi dengan batuan angkasa? Batuan angkasa ini dikenali sebagai komet, asteroid dan meteoroid. Jadi apakah perbezaan ketiga-tiga batuan angkasa ini? Komet terdiri daripada ais, batu, gas dan debu. Komet dikatakan berasal dari kawasan sejuk di luar planet Neptun dan Pluto yang dikenali sebagai awan Oort. Apabila komet menghampiri Matahari, haba daripada Matahari akan menyebabkan nukleus ais menguap menjadi gas dan angin solar akan menolak gas itu bergerak menjauhi Matahari lalu terhasil la ekor komet yang bewarna biru dan kuning.

Asteroid pula terdiri daripada batuan, tetapi ada juga yang diperbuat daripada logam seperti Nikel dan besi. Asteroids tidak mempunya bentuk yang tetap dan saiznya boleh menjangkau sebesar sebuah planet kerdil. Sesetengah asteroid juga mempunyai bulan yang mengorbit mereka. Meteoroid pula ada batuan kecil cebisan asteroid atau komet. Apabila ia memasuki ruang atmosfera Bumi, ia dikenali sebagai meteor atau tahi bintang dan meteorit jika ia melepasi atmosfera dan mendarat di Bumi.


Did you know that besides the planet and stars, our space are also filled with space rocks? The space rocks are comets, asteroids and meteoroids. So what is the difference between these three rocks? Comets consist of ice, rock, gas and dust. The comets are said to come from the cold regions outside planet Neptune and Pluto, known as Oort clouds. When the comet approaches the Sun, the heat from the Sun will cause the ice nucleus to evaporate into gas and the solar wind will push the gas away from the Sun hence produce the blue and yellow comets tails.

The asteroid consists of rocks, but some also made of metals such as Nickel and iron. Asteroids do not have a fixed shape and their size can reach as much as a dwarf planet. Some asteroids also have moon orbiting them. Meteoroids are small pieces of asteroids or comets. When it enters Earth's atmosphere, it is known as meteor or shooting star and meteorite if it passes through the atmosphere and land on Earth.

Monday, 20 August 2018

Program 'Galaxy Slime' bersama Tadika Tunas Harapanku.


Terima kasih Tadika Tunas Harapanku kerana sudi menyertai progam 'Galaxy Slime' di Planetarium Melaka! Bagi guru-guru yang ingin menyertai program kami, boleh hubungi kami di 06-232 2424 atau hantarkan email ke admin@planetarium.my






  





Wednesday, 8 August 2018

Program bersama SK SEREMBAN 2B.


Terima kasih SK SEREMBAN 2B kerana sudi menyertai progam 'Solar System Mobile' dan 'Rocket Creation' di Planetarium Melaka! Bagi guru-guru yang ingin menyertai program kami, boleh hubungi kami di 06-232 2424 atau hantarkan email ke admin@planetarium.my

Image may contain: 1 person, sitting, table and indoor


Image may contain: 12 people, indoor


Image may contain: 1 person, sitting and indoor


Image may contain: 31 people, people smiling
Para pelajar bersama 'Solar System Mobile' masing-masing yang telah siap.

Image may contain: 28 people, people smiling
Para pelajar bersama 'Solar System Mobile' masing-masing yang telah siap.


Image may contain: 2 people, people sitting and indoor

Image may contain: 3 people, people sitting and child

Image may contain: 2 people, people standing and indoor


Program 'Solar System Mobile' bersama SJKT Batang Melaka

Program : Solar System Mobile  SJKT Batang Melaka  23 Mei 2019  Bagi yang berminat untuk menyertai program sains anjuran Planet...